Friday, October 14, 2011

First entry using BB!

Yeay! My first attempt writing in my blog using Blackberry Bold! Haha, org duk sibuk dgn ipad la iphone la, galaxy tab la, boleh lak en hubby ni beli BB pulak. Takpe lah, tak kisahlah...Akupun bukannya boleh ada semua tu, kang kerja phd tah mana, leka lak main games pe semua tu....
Orait chalow!

Tuesday, September 20, 2011

Cinta Elysa..

Picture: Taken here
Suka la cite ni..ala ala korean drama gitu...Di tambah dengan lagu Stacy-Kisah Dongeng...memang sesuai! Pandai Syarifah Abu Salem buat skrip...! Kemas garapannya..ada elemen kelakar yang dibuat bersahaja, (maybe sebab Botak gak pandai bawa karakter!)
Kalau dia buat novel dari cerita ni, memang nak beli! Haha...Jangan marah ye Ramlee Awang Murshid...I berpaling tadah jap! Haha..
Suka tengok karakter Botak aka Aril dalam cerita ni...bila mula cakap nak tergelak aku sebab loghat cakap macam pure Jawa nak cakap  melayu je...Haha...aku bukan mengutuk taw...aku rasa ni dah macam trademark dia...

Good luck to you Botak! Ntah aku tak tahu nama dia apa..Ingat Botak je sebab lakonan jahat dia dalam Juvana tu....Eh, tu hah nama dia..Johan Arif...tak perasan lak...hehe

Saturday, September 17, 2011

...and you know it's all FAKE

That's how I feel right now. It's all FAKE....Just hate it...I couldn't talk it openly neither whisper it to someone that I could trust! But then, I forget about HIM...HE's the one who knows the BEST!

Wednesday, September 14, 2011

Beraya di hospital! - PART 1

Raya tahun ni merupakan kali pertama kami sekeluarga beraya di hospital!  Kronologinya begini:

  • 6 hari sebelum raya, dia dah mengadu rasa sakit kat pinggang kiri tapi keadaan sakit tu macam tak kritikal.
  • Lepas tu, 2 hari sebelum raya, masa ni kami kat kampung aku di Kuala Selangor, En. Hubby jumpa doc kat Klinik P sebab dah tak tahan sangat sakit. Masa tu doc diagnose gastrik. Bagilah ubat gastrik dan sakit perut.
  • Hari terakhir puasa, sakit 'gastrik' tu macam tak reda. Lagi sakit adalah. Aku macam konpius dah, ni sakit gastrik ke apa sebab aku ni dulu bekas pesakit gastrik siap masuk hospital lagi duduk wad tapi tak lama lah, dalam 3 hari. Ni masa aku Ting 3 dulu. Biasanya kalau gastrik ni, makan ubat, sepatutnya perut rasa lega dah. Ni macam terbalik pula kesannya kat En Hubby ni.
  • Sakit sebelah kiri tu bermula dari ginjal. Jadi aku macam cuak jugaklah, takkan  muda-muda lagi dah kena sakit buah pinggang. Huhu. Pastu rasa sakit tu akan berlarutan selama 2 jam dan secara berkala pula; setiap 6 jam. Lagi lah aku tak faham. Memang kesian lah tengok suami kita menahan sakit yang disangkakan gastrik tu.
  • Petang raya pertama, En Hubby dah macam sakit yang amat. Aku minta adik aku hantar kami ke KPJ Tawakal KL. Maghrib tu, doc situ cakap bukan gastrik tapi Batu Karang. Tak tahu pula aku batu karang ni sakit macam ni. Huhu. Doc bagi pain killer, pil untuk pecahkan batu dan ubat Ural untuk 'clear'kan salurang kencing.
  • Tapi ubat tu macam takda kesan; especially pain killer tu. Pagi raya ketiga; dalam jam 2 pagi, aku terpaksa kejutkan adik aku minta dia hantarkan kami ke Hospital Sg. Buloh. Doc situ pun diagnose benda yang sama dengan doc di KPJ dan siap buat X-Ray sekali. Tapi batu tu tak nampak sebab doc kata mineral yang membentuk batu tu bukan dari kalsium. Ok lah aku terima lah logik yang dia cakap tu.
  • Tengah hari raya ke-3; family in law datang beraya rumah mak aku dan ajak kami balik ke Kajang sebab di Kajang ada satu lagi KPJ di situ. Kalau warded; senang nak lawat dan jaga.
  • Balik Kajang petang raya ketiga dan terus pergi KPJ Kajang malam tu juga. Tapi malangnya, Urologist takde, Dr. Ridzwan tu cuti sampai Isnin depan. En Hubby dah kesakitan, tak boleh tunggu dah.
  • Malam tu juga cek senarai hospital yang jadi panel insurans kami dan call diaorang nak tanya ada Urologist tak. Nasib baik ada sorang di Hospital Columbia Asia Puchong. Puchong pun Puchong lah, janji dekat sikit dengan rumah. Dr. Armuga nama dia.
  • Esoknya, awal-awal pagi kami dah sampai. Lepas jumpa Dr. Arumuga, En Hubby diarahkan buat CTU dan buat urine test. Lepas tu, baru daftar dan warded. Insurans kami cover 150RM untuk harga bilik jadi memula En. Hubby diletakkan di ward 2 bedded yang berharga 120RM.
  • Tapi sebab aku nak jaga dia sendiri, aku request bilik single yang berharga 195RM. Okaylah, tambah 45RM lagi; tak kisahlah asalkan privacy. Boleh buka tudung, cakap kuat-kuat, pasang TV, boleh kuatkan volume. Tapi lepas tu aku dapat tahu yang kalau insurance cover, patient boleh dapat diskaun 10% untuk bilik. Erk? Macam tu pulak? Tak kisahlah.
  • Tengah hari Jumaat tu juga, En Hubby masuk bilik O.T. Kena bius bagi tak rasa. Dalam sejam je dah siap dikeluarkan. 
  • 6 jam kena tunggu ubat bius tu hilang. Cian tengok suami. Huhu
  • Malam tu juga first time berjauhan dari Fahim. Sebak je malam tu tidur tanpa dia. Tapi mengenangkan kalau anak bujang tu ada, alamatnya tak dapat lah nak jaga En Hubby.
Sambung kendian lah ye..penat nulis ni...

Tuesday, August 23, 2011

Home to be...

Tak sabar nak masuk dan hias rumah....!!!
Ya Allah, permudahkan dan percepatkanlah permohonan CF kami


Home sweet home!
Ada rezeki lebih, so kami ambil end lot tapi kene berkorban bab duit la 'especially' untuk pasang 'grill' semua tu. Dah survey, 1 rumah end lot, kos untuk grill sahaja dalam 4000. Antara kos-kos lain yang perlu diambil kira bila dah masuk nanti:
1. Grill - 4000
2. Plaster Ceiling (1 rumah) - 5000++
3. Kitchen Cabinet (wajib cantik sebab saya suka masak; walaupun tak berapa sedap) - 10,000++
4. Perabot - beli sikit-sikit kot

Tapi tengok keadaan juga lah, mana-mana yang perlu di 'cut budget', kita cut la. Kitchen cabinet tu jadi mahal sebab nak ambil full set hob+hood+built-in oven dan built-in microwave. Boleh pakai lama. Di tambah lagi nak ambil material yang cantik sikit (3G mirror or acrylic) plus nak buat breakfast bar yang muat sorang je duduk sebabnya lebar dapur terhad sikit. Design dapur ni, aku yang buat sendiri tapi berdasarkan rujukan majalah deko dan showroom kitchen cabinet yang aku dah pergi sebelum ni.


Banyak tingkap yang perlu di 'grill'kan = bertambah belanja untuk langsir pula! Tapi kalau nak jimat sikit, boleh guna roller blind or roman blind. Tapi roman dan roller blinds jual kat 'baagus' mahal sangat. Yang diskaun punya macam tak berapa nak cantik pulak!

En Hubby membuat ukuran segala tetingkap dan pepintu yang ada. Huhu

Monday, August 22, 2011

03-2036-6555: Beware of this scam number!

Korang, jangan terpedaya dengan nombor kat atas ni....Geram lah dibuatnya...Nasib baik ikut intuisi, nak 'google' nombor ni kat internet.
Cuba baca di SINI, kalau nak tahu apa bentuk penipuan yang cuba dilakukan...

Macam aku terkena tadi, En 'Farid' claim dari Cimb Bank Caw. Kuala Lumpur... Dia cakap aku terpilih untuk menerima bantuan kewangan. Dengar 'bantuan kewangan' tu pun aku dah rasa 'suspicous'. Yalah, kalau aku ni tak bekerja, tak da suami, anak-anak ramai berderet-deret, logik la juga kalau nak diberi 'bantuan kewangan'..Ni semua Allah beri cukup segala.

Tapi sebab masa tu aku tengah mamai dari tidur, aku cakap la aku ada kerja. Kalau nak cakap juga, aku minta dia 'explain' dalam 1 minit. Dia cakap '1 minit, tak cukup'. Helloooo, saya peduli hapa. Pastu dia cakap nak call lagi petang nanti, aku jawab la, 'No, petang tak boleh. Petang masa saya nak layan suami dan baby'.
Tapi dia tak putus asa, dia cakap dia akan 'call' pagi esok. Dia tanya 'Ok ke'. Aku kata, 'Ntah, tengoklah'.

Korang, 'trick' yang dia pakai ialah, dia akan 'call' korang 2 kali berturut-turut. Kalau 1st try kita tak jawab, dia akan call lagi, dan lagi pada hari atau waktu yang berbeza. Dia orang ni tak pernah mengalah ek bab nak cari mangsa. Jadi, aku nak tengok la besok dia akan 'call' ke idak!

Huhu, I just hate Telemarketing!

Tuesday, August 9, 2011

Bonus?! Alhamdulillah!

Bestnya !!!! (walaupun tak pasti aku layak ke tak sebab tengah cuti belajar, tapi sekurang-kurangnya En. Hubby cayang dapat! Yeay!)

Walaupun tak sebanyak macam orang yang kerja kat Put Put (Petronas) ke atau mana-mana lah 'company' yang kaya tu tapi rasa gembira betul! huhu

Monday, August 8, 2011

Dedicate blog for Fahim Amzar!

Blog khas untuk Fahim sayang!
http://ummufahimamzar.blogspot.com/

Imam Solat

Nak kongsi cerita. Ni hubby yang beritahu lepas dia dengar satu ceramah agama oleh ustaz dari JAKIM (kalau tak silap) minggu lepas.
Cerita ini telah disunting untuk disesuaikan dengan cara saya ber'blogging'. =)

Situasi: Di dalam sebuah Masjid X
Masa: Waktu Zuhur

Sekumpulan jemaah lelaki yang terdiri daripada ustaz, dan orang-orang awam termasuk yang berpangkat Datuk Sri bernama Z (bukan nama sebenar) berada di dalam masjid X. Usai Pak Bilal melaungkan azan zuhur, sekumpulan jemaah tadi bergerak ke depan untuk membentuk saf. Masing-masing saling meminta rakan-rakan yang sudi menjadi imam solat. Akhirnya, semua sepakat untuk memberi peluang kepada Datuk Sri Z tadi untuk menjadi imam solat zuhur kerana menghormati pangkat yang ada pada Z tadi.
Datuk Sri Z ni pun mengambil tempat dan memulakan solat zuhur berjemaah.

Namun, para makmum yang terdiri daripada ustaza-ustaz ni mula tidak khusyuk. Bagi rakaat pertama dan kedua, pak imam ini membaca surah Al-Fatihah dengan kuat sekali. Selesai solat dan berdoa, seorang ustaz memberanikan diri bercakap dengan Datuk Sri Z tadi.

"Datuk, kenapa datuk baca surah Al-Fatihah kuat tadi. Patutnya dibaca dalam hati saja," ujar sang ustaz dalam nada perlahan, tidak mahu memalukan Datuk Sri Z tadi.

"Oh ya tak ya...lupa pula, saya ingatkan solat Asar tadi,"jawab Datuk Sri Z tersipu-sipu malu sambil menepuk dahinya dengan tangan.

Ustaz:????  (sangatlah terpinga-pinga mendengar jawapan Datuk ni. Ustaz ni pun tepuk dahi juga!)

Moral: Bukan nak cerita pasal Datuk ni tersalah baca niat solat ke hapa, tapi ustaz yang cerita kisah ni nak mengajak pendengarnya merajin-rajinkan diri pergi ke masjid (terutamanya yang lelaki lah kan). Jangan sampai tak tahu atau tak perasan hal-hal solat ni terutamanya bila masuk bab berjemaah. Yelah, kan zuhur dan asar, baca fatihah je dalam hati....

=)

Friday, August 5, 2011

N A K:-

1. Pindah Rumah Baru...tapi kunci tak dapat lagi (Cepatlah dapat CF!)
2. Kerja Tempat Baru....tapi suka dengan kerja sekarang ni (Suka Ajar-ajar)
3. Jaga Fahim Hari-hari...tapi duit masuk tiap-tiap bulan, tanpa bekerja, tanpa sambung belajar (Syoknya hidup!)
4. Kereta Baru...tapi takda lesen (Bila nak sambung ambil lesen ni?!)

Boleh tak NAK semua tu dengan kadar segera!!?!?!

I L H A M

Nak ilham sekarang juga!

Mind block...bukan Mega Blocks macam permainan Fahim tu...
Uhuhu....

Tuesday, August 2, 2011

'Go Green' is not 'Green' Anymore!

Inilah rumusan daripada penyelidik yang buat 'Renewable Energy'

Apa kata mereka?
Mereka kata, nak lupuskan bateri yang digunakan untuk 'charge electric car' lebih mencemarkan 'environment'

Mereka kata lagi;
Untuk satu 'solar plant', 'massive chemicals substance' perlu digunakan. Akhirnya, tak siapa nak kerja di situ sebab takutkan pencemaran kimia yang merbahaya tu.

Ada lagi mereka cakap;
Antara 'paper cup' dan 'plastic cup', lebih baik guna 'plastic cup' sebabnya, untuk hasilkan 'paper cup', berapa banyak batang pokok perlu ditebang dan berapa banyak gelen air perlu digunakan untuk menghasilkan kertas.

Akhirnya, 'Go Green' is not 'Green' anymore! Itu yang disimpulkan.

Macam tu lah 'game plan' hidup. Kita percaya 'A' bagus. Datang orang lain, 'counter' idea tu, kata 'B' yang elok. Jadi, kita pakat ramai-ramai percaya 'B' yang terbaik. Sampai satu masa, orang yang lain dari orang lain tadi beritahu, 'A' tu lah yang sebenar-benarnya lagi bagus sebabnya 'consequence and sequel' dari 'B' tu lebih parah kesannya dari 'A'

HahaHaha..saya terhibur menjadi sebahagian dari 'kita' 'kita' tu.....

Monday, August 1, 2011

Boleh tak nak kerja?

KUAT KUAT KUAT
Kuat semangat
Kuat kerja

KUAT KUAT KUAT
Kuat fikir
Kuat badan

KUAT KUAT KUAT
Kuat usaha
Kuat usaha
kemudian tawakal

KUAT KUAT KUAT!

P/S: walaupun blogging dah tak relevan sangat (iye ke?) tapi kat sini sesuai untuk lepas tension (iye ke?)
IYA IYA IYA IYA...huhu!

Seronok mendidik anak! =)

Sebut dan kenal

ALLAH (Maha Suci Allah, anak-anak kecil ni dimudahkan dan dilenturkan lidah untuk menyebut Allah)
Orang:-
nene' (nenek), atuk, t'tan (tuk atan), t.che(teacher), mmmaaa(umi), aaathe/papa (abi) [mesti dia dengar kawan dia panggil ayah dia papa hmmm]

Binatang:
cica' (cicak),
Permintaan:
nak tuu(dengan suara perlahan dan manja...cair hati umi naak..,

Numbers:
two, sikth (six), het (eight)

Huruf Hijaiyah:
ba, ta, sa, jim, dhal, tho,zhal , ya, amzah, ka (kaf), ma (mim) tapi huruf lain dia dah kenal malah dah boleh agak sequence dia cuma tak boleh nak sebut lagi..takpa, berlatih lagi ya nak

Bahasa arab:
yadn (yadun=tangan) ini yang paling mudah dan cepat dia sebut sebab senang kot...

English/Melayu:
Faham arahan yang mudahlah macam:

"Pick up your toys"
"Put on your cloth"
"Tidy up"
"Give me your diaper"
"Take your cloth to dirty laundry" (panjang kan tapi sebenarnya anak-anak kecil ni faham dan ingat keywords dia. Contohnya dalam arahan aku ni, keywords dia: dirty laundry)
"Come here"
"Bring it here"
"Go"
"Kick the ball"
"Jumping"
"Tutup/Close"
"Read book"
"Salam" (salam cium tangan)
"Sayang sayang" (cium atau usap pipi umi abi atuk or baby kecil yang lain)
"Hug me/peluk"
and etc.

Machebo Lola

"Machebo lolalola arnthe....mmmaa haannthe"

Faham tak?
Fahim sorang je faham
Sebab dia yang cakap macamtu kat umi dan abi dia...kihkihkih

Seronok layan dia membebel sekarang ni
Selalunya, memang x faham apa dia cakap
tapi kami buat faham dengan mengangguk atau mengiakan
2 3 kali dengar
Fahim macam cakap bahasa:  Korea + Venezuela = Bahasa Fahim
Mana ntah datang lola dengan Machebo tu

Berangan

Bukannya kena bayarpun
Selalunya terbawa-bawa dalam mimpi
Dapat dalam mimpi pun jadi lah
Memang kuat pasang angan-angan
Tahu tak dapat sekarang
Tapi mana tahu akan datang
Boleh dapat macam tu ja
Tengok berangan lagi
Takpa lah tak kena bayarpun
Dah cukup-cukup
Nanti 'cycle' cerita lagi..

Selamat berpuasa semua...especially buat suami dan parents, parents in law! =)

Friday, July 29, 2011

Riak

Sedarkah kau bahawa riak tu
Ada bersarang di hatimu

Walau cuba dinafi
Tanpa kau sedari
Dia sudah memainkan peranan diri

Riak itu sudah menjadi sebahagian
dari isi hati

Ku tidak mahu
kerna riak, ibadahku tak diterima
kerna riak, segala usahaku sia-sia
kerna riak, tiada pahala dapat kukendong bersama
yang sepatutnya menjadi bekalan
ketika hari pengadilan

NuNa

Malu

Malu pada Allah
tuhan semesta alam

Malu pada Allah
atas dosa-dosa lalu

Malu pada Allah
di atas kekurangan dalam ibadahku

Malu pada Allah
kerna masih diberi peluang menikmati hidup ini

Syukur Ya Allah
Syukur di atas nikmatMu
kasih sayangMu
rahmatMu

Jadilah aku di kalangan hambaMu
yang akan sentiasa berasa malu
untuk ingat kepadaMu
selalu....

NuNa

Thursday, July 28, 2011

How to check journal's impact factor and journal's quartile in category?

Info to be shared =)

1. Go to: http://admin-apps.webofknowledge.com/JCR/JCR
2. Establish new session
3. Select the 'JCR edition and year' and 'Option' and Click button 'Submit'
Ex:- Checkmarks:-
       i. JCR Science Edition - Year 2010
       ii. View a group of journals by - Subject category
4. Select categories and Click button 'Submit'
Ex:- ENGINEERING, BIOMEDICAL
5. Select your target/desired Journals
Ex:- IEEE ENG MED BIOL
6. To see which Quartile does your target journal's in, Click the highlighted oval as shown in Fig. below:

  7. The new directed page will display the information you need (See below).

That's all. Happy Journaling!

Monday, April 4, 2011

Allah lebih menyayanginya.....

The picture is taken from here
Aku dah tak boleh dah menahan rasa nak 'mengomen' berkenaan kematian adik Saiful Syazani ni...HIBA PILU..itulah yang aku rasakan sebaik mendengar berita kematian yang penuh tragik ni pagi semalam selepas menghantar Fahim ke taska.

Seharian aku terbayangkan Fahim yang berada di bawah jagaan orang lain sampaikan ilmu nak belajar tak sangkut apa pun...hilang fokus terus! Inilah dilema wanita-wanita yang berkerjaya...hanya mampu bertawakal kepada Allah; dengan harapan semoga anak kita dijagai dengan sebaik mungkin tanpa ada sebarang bentuk penindasan dan kekasaran....=(

Gagal mengawal emosi; itulah kenyataan yang diberikan oleh si pelaku yang merupakan guru merangkap penyelia asrama. Dapat dilihat, hatta org bijak pandai pun akan bertindak melampaui batas sekiranya emosi tidak dapat dikawal dengan baik! Inilah pengajaran yang aku ambil daripada peristiwa ini. Betapa peri pentingnya kita belajar bagaimana hendak menghukum anak secara berhikmah dan bagaimana kita hendak menangani nafsu amarah terhadap anak.

Bab adik saiful ni, simpati aku bertambah sebab dia dah takda emak. Umur 3 tahun dah diserahkan kepada ibu bapa angkat. Anak macamni dari segi psikologi mesti ada inferiority complex. Manakan sama kasih sayang ibu bapa sebenar dgn ibu bapa angkat. Sedikit sebanyak akan ada jurang di situ. Huwaaaaaaa, sedihnya aku dengan adik saiful ni...tapi Allah lagi maha mengetahui akan setiap sesuatu. DIA lebih menyayangi si kecil ni dari kita semua. hukhukhuk...Al-Fatihah buat adik saiful, semoga rohnya tenang di sana......=(

Sunday, April 3, 2011

Gambar masa sambut birthday Fahim @ 13 Mac 2010..


Walaupun terlewat 10 hari, tapi sambutan hari lahir Fahim yang pertama tersangat la meriah.Adik-adik yang datang je dalam 40 orang! Meriah tak? Haha. Tu belum campur mak2 diaorg yg dtg temankan sekali.  Aku sampai terlupa nak snap gambar hidangan untuk tetamu yang dijemput. Buat simple je; menu yang disediakan: Bihun goreng; nugget ayam; sandwich tuna; buah tembikai; dan sunquick cocktail. Owh tak dilupakan tentunya kek Secret Recipe yang memang habis licin disapu dek bebudak tu sume..hihi.

Fahim ngan tok atan bersama 'superbike' hadiah dari Tok Na dan Tok Atan

Jamu anak-anak jiran kampung dengan Indulgence Choc..SUPERB!
Fahim yang da x sabar nak potong kek, time ni, bebudak tu sume tngh nanyi lagu Happy Birthday...!

Thursday, March 31, 2011

Progress Fahim 2011-first quarter!

Sementara ada masa dan mood utk berkarya, baik habiskan entry ni...ingat aku je ke kena submit progress report, fahim pun sama, kena pantau supaya dapat kesan apa-apa yang 'unususal' dari segi perkembangan anak

Sebutan;
Fahim da pandai sebut 'jatuh' bila ada barang jatuh...seriously speaking; sebutan dia sangat la jelas..sambil sebut sambil goyang jari telunjuk dia tu...Haha..yang bestnya, sebutan huruf 't' tu macam org putih sebut 't'..so bila Fahim sebut 'jatuh' boleh kedengaran slang 't' dia persis whiteman sebut 't'...Agaknya, kita semua dulu sebut 't' pun mcmtu gak ek tp sbb budaya melayu tu kuat, terhakis gak sebutan 't' yang mcmtu..
Then, bila nampak bird, dia akan sebut 'bebird'..sangat comel!
Dan yang paling best, asal nampak motor je, laju je mulut dia sebut 'moto' dengan 'slang' 't' dia sambil menunjuk2 ke arah motor itu dengan jari telunjuk dia. Takpe, sekarang guna jari telunjuk, sok da faham sikit, boleh ajar tunjuk benda guna ibu jari pula...hehe

Merajuk dengan style;
Paling tak tahan, da pandai merajuk...tapi merajuk dengan 'style' ok! Akupun x tahu siapa yang ajar tapi menurut teacher kat taska tu, takde lagi yang buat style merajuk macam tu kat situ...alahaaaiii anak, kamu ni memang bijak nak tarik perhatian teacher kat sana...yelah, taska tmpat Fahim dihantar tu memang ramai budaknya tapi malas nak cari lain sebab Fahim nampak serasi di situ. Style merajuk Fahim ni memang boleh buat pening kepala dan aku pun taknak dia buat mcmtu sampai ke besar. Bila tak dapat apa dia nak or teacher x ambil dia, dia akan menangis sambil membaringkan diri dengan mukanya menghadap ke lantai (???) Mana belajar tah...Tapi dia x da la membentak kaki tapi mcmtula style rajuk dia...hihi..Tapi Fahim mudah dipujuk, "biasala anak lelaki, rajuk x lama," kata En Hubby.

Berjalan;
nih memang ditunggu-tunggu oleh kami...cukup setahun 3 hari, Fahim da menapak 4 langkah. Sok lusa dia tambah lagi 2 langkah jadi la 6...tambah lagi hari, tambah lagi 4 langkah, jadi la 10...Hihi..aku tengok Fahim ni, turutan langkah dia boleh buat soalan matematik kot, bab jujukan nombor tu...Takpe ada masa lagi sebelum dia melangkah dengan lebih 'yakin' tapi ada lah progress yang dia buat bab menapak ni. Tapi bukan nak cakap apa la, Fahim ni semangat sangat dah ni, berat terkini dalam 9.2kg..aku tengok lately ni, dia nak pusing badan bangun daripada baring mcm lambat sikit, termasukla time nak angkat punggung tuk berdiri. Tapi Fahim x obes taw sbb kenaikan badan dia seimbang dengan ketinggian! Ini disahkan sendiri oleh nurse yang check Fahim masa nak inject setahun tu..hihi

Saiz kaki;
Normal kah size kaki baby umur setahun 3 minggu pakai size 4? Birthday fahim baru ni, aunty J merangkap adik aku belikan Fahim kasutsize 2. Seriously, memang la x muat sbb raya tahun lepas, kami belikan Fahim kasut baby Clark, time tu ukur size kaki dia muat size 4...besar tak?..hoho..raya tahun lepas Fahim baru 7 ke 8 bulan mcmtu...Sekarang, kasut Clark tu cam muat2..kami nak beli sandal tuk fahim pun susah sebab size dia susah nak cari...Nak tempah dgn Jimmy Choo, sngat la tak mampu (lebih2 pulak maknya...)

Tulis;
Fahim da mula menconteng...agaknya sebab selalu tengok kami menulis or tengok abang2 kat taska tu buat homework. Fahim da boleh kenal benda dan tahu fungsi sesuatu benda tu. Walaupun x semua, tapi yang ketara sekali bila dia dapat pen kat tangan. Dia akan berdiri hadap pintu dan mula buat buat 'movement' menggunakan pen tu, gaya macam ala-ala mewarnakan objek guna pensel warna tu. Kalau tak berdiri dia buat gaya tu atas lantai. So, bila nampak je dia mcm nak start 'mewarna', aku pun cepat2 hulurkan kertas pada dia dan minta dia buat gaya mewarna tu atas kertas. Paling seronok dgr dia buat bunyi 'ooooooohhhhh' dengan muka 'kagum habis' bila dia nampak dakwat keluar ikut gaya mewarna dia tu. Hahaha..

Imitate;
Bila tengok perkembangan Fahim, bagaimana cara otak berfungsi dan bekerja, sangatlah 'Subhanallah'....Itulah yang termampu ucap...Baby sangat cepat belajar, baik buruk semua dia serap masuk...Fahimpun sama, x terkecuali, sangat cepat imitate or meniru kelakuan kami. So, sekarang kena lebih berhati-hati dalam pelakuan. Infact, nak marah dia pun x boleh cakap kasar2 or kuat, kena lembut2, sopan2. Kalau tak, dia akan respond kasar pada kita balik, mcm cuba nak defend diri (baby pun dah pandai ek...mcm2)...Hemm, rindulah pulak kat Fahim...ok lah...cukup la setakat ni...
=)

Wednesday, March 30, 2011

Jan - Mac 2011

Ini lah dia...manusia yang paling 'rajin' update blog...Haha...Buat lump sum boleh ek? Alkisahnya, bermula dengan Januari....

Jan;
Sem baru, baru je bermula..semangatpun baru dan kental...Bulan satu ni, aku sibuk dengan membaca...ya..membaca macammana nak design circuit. Memang macam senang tapi sebab dah lama tinggal, agak berkarat juga dalam otak ni. Nak pilih sensor, type of amplifier and signal conditioning.Hujung Jan; aku dapat siapkan la jugak litar tu tapi kena buat penambahbaikan. Waktu ni Fahim asyik demam je, melarat sampai 3 minggu, suhu tinggi je 39-40...dugaan sungguh...

Seterusnya, Febuari pun menjelma...

Feb;
Bulan ujian untuk aku dan suami...sebabnya ditakdirkan Fahim mengalami 2nd degree burn...Malas nak cerita kat sini macam mana buah hati kami boleh melecur dengan kuah panas...tapi 2 minggu kerja tertangguh sebab aku nak jaga si kecil ni...Bukan aku je cuti, En Hubby pun sama. Setiap hari kena p buat dressing kat hospital, klinik..mana-mana yang available. Pastu jumpa pakar lagi sebab nak tahu gak skin condition Fahim dan kami pun tak nak nanah tu melarat-larat sok lusa tulat. Huhu..cian Fahim masa tu...Hari-hari nangis bila buat dressing...Aku tahan hati je tengok dia...

Mac;
03032011...Fahim sudah setahun! Alhamdulillah...Fahim masih on off demam dia. Akupun dah imun dah dengan situasi ni tapi x da la sampai terleka sebabnya demam-demam pada baby ni bukan boleh buat main-main...still ambil precaution juga...13032011, sambut hari lahir Fahim kat kampung Tok Na dan Tok Atan di Kuala Selangor. Seronok sambut situ sebab kami jemput semua adik-adik kecil kat area situ datang dan buat telematch. Paling best sebab dapat jamu adik-adik tu dengan Indulgence choc! Yelah, kat kampung aku tu, rata-rata parents dia orang bukanlah orang senang. Takdanya nak hadap anak makan dengan secret recipe tu semata-mata sambut hari lahir...aku tahulah sbb aku yang membesar di situ...huhu...Paling havoc time beri hadiah kat adik-adik yang menang telematch and time lucky draw...Semua supporting! Owh hampir terlupa, termasuk juga time diaorang nyanyikan lagu Happy Birthday pada Fahim...sangat meriah dan comel! =)
Ok la cukuplah tu untuk entry ni. Entry seterusnya nak cerita pasal Progress Fahim! =)