Sementara ada masa dan mood utk berkarya, baik habiskan entry ni...ingat aku je ke kena submit progress report, fahim pun sama, kena pantau supaya dapat kesan apa-apa yang 'unususal' dari segi perkembangan anak
Sebutan;
Fahim da pandai sebut 'jatuh' bila ada barang jatuh...seriously speaking; sebutan dia sangat la jelas..sambil sebut sambil goyang jari telunjuk dia tu...Haha..yang bestnya, sebutan huruf 't' tu macam org putih sebut 't'..so bila Fahim sebut 'jatuh' boleh kedengaran slang 't' dia persis whiteman sebut 't'...Agaknya, kita semua dulu sebut 't' pun mcmtu gak ek tp sbb budaya melayu tu kuat, terhakis gak sebutan 't' yang mcmtu..
Then, bila nampak bird, dia akan sebut 'bebird'..sangat comel!
Dan yang paling best, asal nampak motor je, laju je mulut dia sebut 'moto' dengan 'slang' 't' dia sambil menunjuk2 ke arah motor itu dengan jari telunjuk dia. Takpe, sekarang guna jari telunjuk, sok da faham sikit, boleh ajar tunjuk benda guna ibu jari pula...hehe
Merajuk dengan style;
Paling tak tahan, da pandai merajuk...tapi merajuk dengan 'style' ok! Akupun x tahu siapa yang ajar tapi menurut teacher kat taska tu, takde lagi yang buat style merajuk macam tu kat situ...alahaaaiii anak, kamu ni memang bijak nak tarik perhatian teacher kat sana...yelah, taska tmpat Fahim dihantar tu memang ramai budaknya tapi malas nak cari lain sebab Fahim nampak serasi di situ. Style merajuk Fahim ni memang boleh buat pening kepala dan aku pun taknak dia buat mcmtu sampai ke besar. Bila tak dapat apa dia nak or teacher x ambil dia, dia akan menangis sambil membaringkan diri dengan mukanya menghadap ke lantai (???) Mana belajar tah...Tapi dia x da la membentak kaki tapi mcmtula style rajuk dia...hihi..Tapi Fahim mudah dipujuk, "biasala anak lelaki, rajuk x lama," kata En Hubby.
Berjalan;
nih memang ditunggu-tunggu oleh kami...cukup setahun 3 hari, Fahim da menapak 4 langkah. Sok lusa dia tambah lagi 2 langkah jadi la 6...tambah lagi hari, tambah lagi 4 langkah, jadi la 10...Hihi..aku tengok Fahim ni, turutan langkah dia boleh buat soalan matematik kot, bab jujukan nombor tu...Takpe ada masa lagi sebelum dia melangkah dengan lebih 'yakin' tapi ada lah progress yang dia buat bab menapak ni. Tapi bukan nak cakap apa la, Fahim ni semangat sangat dah ni, berat terkini dalam 9.2kg..aku tengok lately ni, dia nak pusing badan bangun daripada baring mcm lambat sikit, termasukla time nak angkat punggung tuk berdiri. Tapi Fahim x obes taw sbb kenaikan badan dia seimbang dengan ketinggian! Ini disahkan sendiri oleh nurse yang check Fahim masa nak inject setahun tu..hihi
Saiz kaki;
Normal kah size kaki baby umur setahun 3 minggu pakai size 4? Birthday fahim baru ni, aunty J merangkap adik aku belikan Fahim kasutsize 2. Seriously, memang la x muat sbb raya tahun lepas, kami belikan Fahim kasut baby Clark, time tu ukur size kaki dia muat size 4...besar tak?..hoho..raya tahun lepas Fahim baru 7 ke 8 bulan mcmtu...Sekarang, kasut Clark tu cam muat2..kami nak beli sandal tuk fahim pun susah sebab size dia susah nak cari...Nak tempah dgn Jimmy Choo, sngat la tak mampu (lebih2 pulak maknya...)
Tulis;
Fahim da mula menconteng...agaknya sebab selalu tengok kami menulis or tengok abang2 kat taska tu buat homework. Fahim da boleh kenal benda dan tahu fungsi sesuatu benda tu. Walaupun x semua, tapi yang ketara sekali bila dia dapat pen kat tangan. Dia akan berdiri hadap pintu dan mula buat buat 'movement' menggunakan pen tu, gaya macam ala-ala mewarnakan objek guna pensel warna tu. Kalau tak berdiri dia buat gaya tu atas lantai. So, bila nampak je dia mcm nak start 'mewarna', aku pun cepat2 hulurkan kertas pada dia dan minta dia buat gaya mewarna tu atas kertas. Paling seronok dgr dia buat bunyi 'ooooooohhhhh' dengan muka 'kagum habis' bila dia nampak dakwat keluar ikut gaya mewarna dia tu. Hahaha..
Imitate;
Bila tengok perkembangan Fahim, bagaimana cara otak berfungsi dan bekerja, sangatlah 'Subhanallah'....Itulah yang termampu ucap...Baby sangat cepat belajar, baik buruk semua dia serap masuk...Fahimpun sama, x terkecuali, sangat cepat imitate or meniru kelakuan kami. So, sekarang kena lebih berhati-hati dalam pelakuan. Infact, nak marah dia pun x boleh cakap kasar2 or kuat, kena lembut2, sopan2. Kalau tak, dia akan respond kasar pada kita balik, mcm cuba nak defend diri (baby pun dah pandai ek...mcm2)...Hemm, rindulah pulak kat Fahim...ok lah...cukup la setakat ni...
=)
No comments:
Post a Comment