- 6 hari sebelum raya, dia dah mengadu rasa sakit kat pinggang kiri tapi keadaan sakit tu macam tak kritikal.
- Lepas tu, 2 hari sebelum raya, masa ni kami kat kampung aku di Kuala Selangor, En. Hubby jumpa doc kat Klinik P sebab dah tak tahan sangat sakit. Masa tu doc diagnose gastrik. Bagilah ubat gastrik dan sakit perut.
- Hari terakhir puasa, sakit 'gastrik' tu macam tak reda. Lagi sakit adalah. Aku macam konpius dah, ni sakit gastrik ke apa sebab aku ni dulu bekas pesakit gastrik siap masuk hospital lagi duduk wad tapi tak lama lah, dalam 3 hari. Ni masa aku Ting 3 dulu. Biasanya kalau gastrik ni, makan ubat, sepatutnya perut rasa lega dah. Ni macam terbalik pula kesannya kat En Hubby ni.
- Sakit sebelah kiri tu bermula dari ginjal. Jadi aku macam cuak jugaklah, takkan muda-muda lagi dah kena sakit buah pinggang. Huhu. Pastu rasa sakit tu akan berlarutan selama 2 jam dan secara berkala pula; setiap 6 jam. Lagi lah aku tak faham. Memang kesian lah tengok suami kita menahan sakit yang disangkakan gastrik tu.
- Petang raya pertama, En Hubby dah macam sakit yang amat. Aku minta adik aku hantar kami ke KPJ Tawakal KL. Maghrib tu, doc situ cakap bukan gastrik tapi Batu Karang. Tak tahu pula aku batu karang ni sakit macam ni. Huhu. Doc bagi pain killer, pil untuk pecahkan batu dan ubat Ural untuk 'clear'kan salurang kencing.
- Tapi ubat tu macam takda kesan; especially pain killer tu. Pagi raya ketiga; dalam jam 2 pagi, aku terpaksa kejutkan adik aku minta dia hantarkan kami ke Hospital Sg. Buloh. Doc situ pun diagnose benda yang sama dengan doc di KPJ dan siap buat X-Ray sekali. Tapi batu tu tak nampak sebab doc kata mineral yang membentuk batu tu bukan dari kalsium. Ok lah aku terima lah logik yang dia cakap tu.
- Tengah hari raya ke-3; family in law datang beraya rumah mak aku dan ajak kami balik ke Kajang sebab di Kajang ada satu lagi KPJ di situ. Kalau warded; senang nak lawat dan jaga.
- Balik Kajang petang raya ketiga dan terus pergi KPJ Kajang malam tu juga. Tapi malangnya, Urologist takde, Dr. Ridzwan tu cuti sampai Isnin depan. En Hubby dah kesakitan, tak boleh tunggu dah.
- Malam tu juga cek senarai hospital yang jadi panel insurans kami dan call diaorang nak tanya ada Urologist tak. Nasib baik ada sorang di Hospital Columbia Asia Puchong. Puchong pun Puchong lah, janji dekat sikit dengan rumah. Dr. Armuga nama dia.
- Esoknya, awal-awal pagi kami dah sampai. Lepas jumpa Dr. Arumuga, En Hubby diarahkan buat CTU dan buat urine test. Lepas tu, baru daftar dan warded. Insurans kami cover 150RM untuk harga bilik jadi memula En. Hubby diletakkan di ward 2 bedded yang berharga 120RM.
- Tapi sebab aku nak jaga dia sendiri, aku request bilik single yang berharga 195RM. Okaylah, tambah 45RM lagi; tak kisahlah asalkan privacy. Boleh buka tudung, cakap kuat-kuat, pasang TV, boleh kuatkan volume. Tapi lepas tu aku dapat tahu yang kalau insurance cover, patient boleh dapat diskaun 10% untuk bilik. Erk? Macam tu pulak? Tak kisahlah.
- Tengah hari Jumaat tu juga, En Hubby masuk bilik O.T. Kena bius bagi tak rasa. Dalam sejam je dah siap dikeluarkan.
- 6 jam kena tunggu ubat bius tu hilang. Cian tengok suami. Huhu
- Malam tu juga first time berjauhan dari Fahim. Sebak je malam tu tidur tanpa dia. Tapi mengenangkan kalau anak bujang tu ada, alamatnya tak dapat lah nak jaga En Hubby.
Wednesday, September 14, 2011
Beraya di hospital! - PART 1
Raya tahun ni merupakan kali pertama kami sekeluarga beraya di hospital! Kronologinya begini:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment