Monday, August 8, 2011

Imam Solat

Nak kongsi cerita. Ni hubby yang beritahu lepas dia dengar satu ceramah agama oleh ustaz dari JAKIM (kalau tak silap) minggu lepas.
Cerita ini telah disunting untuk disesuaikan dengan cara saya ber'blogging'. =)

Situasi: Di dalam sebuah Masjid X
Masa: Waktu Zuhur

Sekumpulan jemaah lelaki yang terdiri daripada ustaz, dan orang-orang awam termasuk yang berpangkat Datuk Sri bernama Z (bukan nama sebenar) berada di dalam masjid X. Usai Pak Bilal melaungkan azan zuhur, sekumpulan jemaah tadi bergerak ke depan untuk membentuk saf. Masing-masing saling meminta rakan-rakan yang sudi menjadi imam solat. Akhirnya, semua sepakat untuk memberi peluang kepada Datuk Sri Z tadi untuk menjadi imam solat zuhur kerana menghormati pangkat yang ada pada Z tadi.
Datuk Sri Z ni pun mengambil tempat dan memulakan solat zuhur berjemaah.

Namun, para makmum yang terdiri daripada ustaza-ustaz ni mula tidak khusyuk. Bagi rakaat pertama dan kedua, pak imam ini membaca surah Al-Fatihah dengan kuat sekali. Selesai solat dan berdoa, seorang ustaz memberanikan diri bercakap dengan Datuk Sri Z tadi.

"Datuk, kenapa datuk baca surah Al-Fatihah kuat tadi. Patutnya dibaca dalam hati saja," ujar sang ustaz dalam nada perlahan, tidak mahu memalukan Datuk Sri Z tadi.

"Oh ya tak ya...lupa pula, saya ingatkan solat Asar tadi,"jawab Datuk Sri Z tersipu-sipu malu sambil menepuk dahinya dengan tangan.

Ustaz:????  (sangatlah terpinga-pinga mendengar jawapan Datuk ni. Ustaz ni pun tepuk dahi juga!)

Moral: Bukan nak cerita pasal Datuk ni tersalah baca niat solat ke hapa, tapi ustaz yang cerita kisah ni nak mengajak pendengarnya merajin-rajinkan diri pergi ke masjid (terutamanya yang lelaki lah kan). Jangan sampai tak tahu atau tak perasan hal-hal solat ni terutamanya bila masuk bab berjemaah. Yelah, kan zuhur dan asar, baca fatihah je dalam hati....

=)

No comments:

Post a Comment