Dah lama dah teringin nak tengok teater dgn En Hubby sbbnya dah boring tengok movie kat cinema. Last time masa CUCI The Musical dipentaskan, saya and En Hubby nak tengok tapi sbb time tu kami tinggal berasingan menyebabkan susah sikit nk curi masa utk tengok teater tu. Lepas tu, masa pementasan NATRAHpun nak tngok gak. Teringin sngt nak tgok Maya Karin lakon live tp tgh preggy masa tu, so taknak la Baby Fahim terdedah dgn benda2 mcmni; not good for him. But this time, bila CUCI The Musical dipentaskan buat kali kedua and kitaorg dah live together-gether, mmg tak lepaskan peluang!
Kebetulan En Hubby saya ada kenalan yg kerja di Istana Budaya(IB), so dptla tiket yg boleh consider sbg free la jugak sbbnya member tu tak ckp pun kena byr berapa kat dia. Huhu. Anyway, sambung balik pasal CUCI The Musical Season 2 ni. Storyline sama mcm Season 1 dan juga movie dia EXCEPT this time, ada NABIL gantikan AC Mizal. Lakonan mereka2 semua tu sngatla mantop ok dan nampak natural sngat! Puas hati la dgn outcome lakonan diaorg. Kami tgok hari Sabtu lepas. Siap ada Datuk Sri Mukhriz tgok sekali tp dia duk kat seat VVIP la, tp xde la jauh sngt dr seat kami tu. Then, ada Adibah Nor yg dtg bagi support. Season 1 dia ada berlakon tp Season 2 ni, watak dia digantikan dgn Jac Vic. Nak amik gambo ngan Kak Adibah tp biasalah, i ni kan malu-malu miaw, so duk senyum2 kat dia dr jauh jer lah. Hehe.
Ada satu lagi pementasan pasal Che Det, after Ramadhan. Nak tgok Erra Fazira jd Tun Hasmah dan Esma Daniel jd Tun Mahathir. "En Hubby sila berusaha dptkan tiket utk saya yee! Heeeee".
Byk kali saya beritahu dgn En Hubby,"Kalaulah En Hubby pilih jd engineer kat IB instead of Muzium Negara, mesti sy seronok sbb dpt tengok teater selalu! Tiket teater kan mahal!" Tau tak apa En Hubby jawab? "Boleh je tp sanggup ke nak abg kerja sabtu ahad, weekdays pulak smpai umah jam 12 or 1 tghmalam? IB cuti tanpa teater bulan Ramadhan jer, hari2 lain fully occupied!" Oh Nooooo, saya sngt x sanggup! Huhu.
No comments:
Post a Comment