Fahim sudahpun 7 bulan 4 hari. Selain dah terror meniarap; Fahim dah laju mara kedepan malah dah boleh merangkak dan belajar duduk sikit-sikit! Tu takpe lagi, yang best tu, si bujang ni sudah boleh berdiri sambil berpaut pada apa-apa sahaja yang membolehkan dia berdiri dengan cemerlangnya termasuklah berpaut pada belakang badan uminya! Rumah pula sudah semakin kemas…ahaha, macam salah guna perkataan je..bkn kemas tapi luas, supaya Fahim sayang boleh bergerak dengan bebasnya!!! =)
PhD ku…uhuhuhu…Berjalan seperti biasa sungguhpun sibuk menjaga Fahim ni. Impian nak jadi hamba Allah yang baik, isteri terbaik, ibu cemerlang dan pelajar berdedikasi kerana ALLAH, pada masa yang sama! Permudahkanlah perjalananku ya ALLAH! Amin.
Selain daripada focus pada teori yang bersangkut paut dengan PhD ni, akupun sibuk nak baca pasal teori konspirasi. Kenapa ek tetiba ada interest kat benda ni? Dah bosan kot dengan bahan bacaan biasa. Teori konspirasi; baca boleh tapi untuk terima terpulang pada diri individu masing-masing. Saya adalah pihak yang berkecuali. Kenapa lah aku merepek pasal benda ni pula!?
Huhu, bercakap pasal hubby; tersentuh naluri isteri ni. Pergi kerja awal, balik kerja lewat. Walau sungguh sibuk dan stress maha hebat yang dilaluinya, dia tetap pulang dengan senyuman! Kekuatan yang harus aku pelajari! Hari ni outstation ke Langkawi
lagi, tengah hari flight tapi mujur balik malam ni juga. Boleh kata tiap-tiap minggu pergi outstation kecuali minggu lepas. Huhu. Duhai Hubby, kepulanganmu ku nanti dengan senyuman juga! =) Ya Allah, peliharalah hubungan kami suami isteri daripada sebarang fitnah dan kejahatan manusia mahupun jin; juga buat semua suami isteri di dunia ini! Amin!
hai chino! kalo bo panggil nama tu lg lah, best bc cerita chino..dah besar anak ye...nanti boleh lah ammar jumpa fahim...
ReplyDelete