Tuesday, May 20, 2008

Mencintai Manusia Kerana Apa...?




Kerana fizikalnya kah?
Kerana harta bendanya kah?
Kerana sifatnya kah?
Kerana terikut-ikut orang kah?
Kerana bisikan hati yang mengatakan bahawa dialah orang yang dicari selama ini kah?
.
.
.
.
.
.
Atau...Kerana agamanya?

Dalam senarai di atas,mungkin ada di antaranya yang terkena batang hidung sendiri. Mungkin ada sebab-sebab lain yang penulis(aku lah tu) tidak menyenaraikannya sbb tdk ter'cross' sebab lain pada minda ni ketika ini.

Dalam menyelusuri hidup berumah tangga yang baru sahaja berusia sebulan 8 hari ini,ada banyak perkara yang masih dalam proses bertatih; walau perlahan tapi kami mencuba. Perlu diingatkan, bkn semua proses dalam semua perkara kita lakukan secara cepat atau selaju kereta formula 1 tu. Tetapi di dalam proses setiap perkara, kita akan ada banyak cara(jika rajin berfikir), pelbagai inisiatif yang boleh membantu sama ada mempercepatkan proses tersebut atau alternatif yang membolehkan output yang bagus dihasilkan. Yaaa..OUTPUT! The superb quality output! Kata bijak pandai; "It's not how you start, but it's how you end".

Hakikat mencintai seseorang kerana agamanya adalah pilihan jawapan terbaik sekali. Bukan bermakna calon yang dicari mestilah seorang ustaz atau ustazah. Amat memadai sekiranya pilihan hati ialah seorang yang melaksanakan solat 5 kali sehari, tahu membezakan yang mana salah, yang mana baik, menasihati dan yang paling penting, berusaha ke arah kebaikan dan melaksanakannya. Mungkin boleh tambah lagi kriteria-kriteria positif lain tetapi yang dah dinyatakan di sini pun,bagi penulis, sudah dikira cukup. Penulis tidak mahu tamak kerana manusia tiada yang sempurna. Setiap kita, ada kelemahan dan pada diri setiap insan, pasti ada kelebihan.

Satu lagi, muhasabah diri. Jika inginkan jodoh yang baik, adakah kita sendiri sudah cukup baik untuk mendapatkan orang yang baik? Soalan yang sebelum ini selalu penulis fikirkan sebelum berumah tangga. Jadi, berusahalah untuk jadi lebih baik (in terms of agama, akhlak dan pergaulan dgn sekeliling). Dan yang paling penting, usaha untuk menjadi lebih baik itu, tidak terhenti apabila berkahwin, malah seharusnya ia dilipat gandakan lagi sesudah itu kerana perkahwinan itu, adalah penyatuan dua jiwa. Mungkin kita dan pasangan kita mempunyai perangai dan tabiat yang berlainan tetapi akidah kita masih satu. Oleh itu, penyelarasan(synchronisation) setiap perkara pasti dapat dilakukan selagi kita berpegang kepada tali Allah.

Windu kat suami...sob sob sob.. =(. "Aku mencintaimu kerana agama. Jika hilang agama itu padamu, maka hilanglah cintaku padamu...".

3 comments:

  1. hehehe thanks le nida coz sudi link kan kat blog sarah erk..

    ReplyDelete
  2. wow..dah kawen ke..x bgtau pon..

    ReplyDelete
  3. Nana..I'm sorry..bkn x nk bgtaw,mase tu cam konpem x konpem jew majlis jadi ke tak..x announce kt fs pun,just gitaw kat blog sndiri...huhu

    ReplyDelete