Monday, April 4, 2011

Allah lebih menyayanginya.....

The picture is taken from here
Aku dah tak boleh dah menahan rasa nak 'mengomen' berkenaan kematian adik Saiful Syazani ni...HIBA PILU..itulah yang aku rasakan sebaik mendengar berita kematian yang penuh tragik ni pagi semalam selepas menghantar Fahim ke taska.

Seharian aku terbayangkan Fahim yang berada di bawah jagaan orang lain sampaikan ilmu nak belajar tak sangkut apa pun...hilang fokus terus! Inilah dilema wanita-wanita yang berkerjaya...hanya mampu bertawakal kepada Allah; dengan harapan semoga anak kita dijagai dengan sebaik mungkin tanpa ada sebarang bentuk penindasan dan kekasaran....=(

Gagal mengawal emosi; itulah kenyataan yang diberikan oleh si pelaku yang merupakan guru merangkap penyelia asrama. Dapat dilihat, hatta org bijak pandai pun akan bertindak melampaui batas sekiranya emosi tidak dapat dikawal dengan baik! Inilah pengajaran yang aku ambil daripada peristiwa ini. Betapa peri pentingnya kita belajar bagaimana hendak menghukum anak secara berhikmah dan bagaimana kita hendak menangani nafsu amarah terhadap anak.

Bab adik saiful ni, simpati aku bertambah sebab dia dah takda emak. Umur 3 tahun dah diserahkan kepada ibu bapa angkat. Anak macamni dari segi psikologi mesti ada inferiority complex. Manakan sama kasih sayang ibu bapa sebenar dgn ibu bapa angkat. Sedikit sebanyak akan ada jurang di situ. Huwaaaaaaa, sedihnya aku dengan adik saiful ni...tapi Allah lagi maha mengetahui akan setiap sesuatu. DIA lebih menyayangi si kecil ni dari kita semua. hukhukhuk...Al-Fatihah buat adik saiful, semoga rohnya tenang di sana......=(

Sunday, April 3, 2011

Gambar masa sambut birthday Fahim @ 13 Mac 2010..


Walaupun terlewat 10 hari, tapi sambutan hari lahir Fahim yang pertama tersangat la meriah.Adik-adik yang datang je dalam 40 orang! Meriah tak? Haha. Tu belum campur mak2 diaorg yg dtg temankan sekali.  Aku sampai terlupa nak snap gambar hidangan untuk tetamu yang dijemput. Buat simple je; menu yang disediakan: Bihun goreng; nugget ayam; sandwich tuna; buah tembikai; dan sunquick cocktail. Owh tak dilupakan tentunya kek Secret Recipe yang memang habis licin disapu dek bebudak tu sume..hihi.

Fahim ngan tok atan bersama 'superbike' hadiah dari Tok Na dan Tok Atan

Jamu anak-anak jiran kampung dengan Indulgence Choc..SUPERB!
Fahim yang da x sabar nak potong kek, time ni, bebudak tu sume tngh nanyi lagu Happy Birthday...!