Tuesday, August 23, 2011

Home to be...

Tak sabar nak masuk dan hias rumah....!!!
Ya Allah, permudahkan dan percepatkanlah permohonan CF kami


Home sweet home!
Ada rezeki lebih, so kami ambil end lot tapi kene berkorban bab duit la 'especially' untuk pasang 'grill' semua tu. Dah survey, 1 rumah end lot, kos untuk grill sahaja dalam 4000. Antara kos-kos lain yang perlu diambil kira bila dah masuk nanti:
1. Grill - 4000
2. Plaster Ceiling (1 rumah) - 5000++
3. Kitchen Cabinet (wajib cantik sebab saya suka masak; walaupun tak berapa sedap) - 10,000++
4. Perabot - beli sikit-sikit kot

Tapi tengok keadaan juga lah, mana-mana yang perlu di 'cut budget', kita cut la. Kitchen cabinet tu jadi mahal sebab nak ambil full set hob+hood+built-in oven dan built-in microwave. Boleh pakai lama. Di tambah lagi nak ambil material yang cantik sikit (3G mirror or acrylic) plus nak buat breakfast bar yang muat sorang je duduk sebabnya lebar dapur terhad sikit. Design dapur ni, aku yang buat sendiri tapi berdasarkan rujukan majalah deko dan showroom kitchen cabinet yang aku dah pergi sebelum ni.


Banyak tingkap yang perlu di 'grill'kan = bertambah belanja untuk langsir pula! Tapi kalau nak jimat sikit, boleh guna roller blind or roman blind. Tapi roman dan roller blinds jual kat 'baagus' mahal sangat. Yang diskaun punya macam tak berapa nak cantik pulak!

En Hubby membuat ukuran segala tetingkap dan pepintu yang ada. Huhu

Monday, August 22, 2011

03-2036-6555: Beware of this scam number!

Korang, jangan terpedaya dengan nombor kat atas ni....Geram lah dibuatnya...Nasib baik ikut intuisi, nak 'google' nombor ni kat internet.
Cuba baca di SINI, kalau nak tahu apa bentuk penipuan yang cuba dilakukan...

Macam aku terkena tadi, En 'Farid' claim dari Cimb Bank Caw. Kuala Lumpur... Dia cakap aku terpilih untuk menerima bantuan kewangan. Dengar 'bantuan kewangan' tu pun aku dah rasa 'suspicous'. Yalah, kalau aku ni tak bekerja, tak da suami, anak-anak ramai berderet-deret, logik la juga kalau nak diberi 'bantuan kewangan'..Ni semua Allah beri cukup segala.

Tapi sebab masa tu aku tengah mamai dari tidur, aku cakap la aku ada kerja. Kalau nak cakap juga, aku minta dia 'explain' dalam 1 minit. Dia cakap '1 minit, tak cukup'. Helloooo, saya peduli hapa. Pastu dia cakap nak call lagi petang nanti, aku jawab la, 'No, petang tak boleh. Petang masa saya nak layan suami dan baby'.
Tapi dia tak putus asa, dia cakap dia akan 'call' pagi esok. Dia tanya 'Ok ke'. Aku kata, 'Ntah, tengoklah'.

Korang, 'trick' yang dia pakai ialah, dia akan 'call' korang 2 kali berturut-turut. Kalau 1st try kita tak jawab, dia akan call lagi, dan lagi pada hari atau waktu yang berbeza. Dia orang ni tak pernah mengalah ek bab nak cari mangsa. Jadi, aku nak tengok la besok dia akan 'call' ke idak!

Huhu, I just hate Telemarketing!

Tuesday, August 9, 2011

Bonus?! Alhamdulillah!

Bestnya !!!! (walaupun tak pasti aku layak ke tak sebab tengah cuti belajar, tapi sekurang-kurangnya En. Hubby cayang dapat! Yeay!)

Walaupun tak sebanyak macam orang yang kerja kat Put Put (Petronas) ke atau mana-mana lah 'company' yang kaya tu tapi rasa gembira betul! huhu

Monday, August 8, 2011

Dedicate blog for Fahim Amzar!

Blog khas untuk Fahim sayang!
http://ummufahimamzar.blogspot.com/

Imam Solat

Nak kongsi cerita. Ni hubby yang beritahu lepas dia dengar satu ceramah agama oleh ustaz dari JAKIM (kalau tak silap) minggu lepas.
Cerita ini telah disunting untuk disesuaikan dengan cara saya ber'blogging'. =)

Situasi: Di dalam sebuah Masjid X
Masa: Waktu Zuhur

Sekumpulan jemaah lelaki yang terdiri daripada ustaz, dan orang-orang awam termasuk yang berpangkat Datuk Sri bernama Z (bukan nama sebenar) berada di dalam masjid X. Usai Pak Bilal melaungkan azan zuhur, sekumpulan jemaah tadi bergerak ke depan untuk membentuk saf. Masing-masing saling meminta rakan-rakan yang sudi menjadi imam solat. Akhirnya, semua sepakat untuk memberi peluang kepada Datuk Sri Z tadi untuk menjadi imam solat zuhur kerana menghormati pangkat yang ada pada Z tadi.
Datuk Sri Z ni pun mengambil tempat dan memulakan solat zuhur berjemaah.

Namun, para makmum yang terdiri daripada ustaza-ustaz ni mula tidak khusyuk. Bagi rakaat pertama dan kedua, pak imam ini membaca surah Al-Fatihah dengan kuat sekali. Selesai solat dan berdoa, seorang ustaz memberanikan diri bercakap dengan Datuk Sri Z tadi.

"Datuk, kenapa datuk baca surah Al-Fatihah kuat tadi. Patutnya dibaca dalam hati saja," ujar sang ustaz dalam nada perlahan, tidak mahu memalukan Datuk Sri Z tadi.

"Oh ya tak ya...lupa pula, saya ingatkan solat Asar tadi,"jawab Datuk Sri Z tersipu-sipu malu sambil menepuk dahinya dengan tangan.

Ustaz:????  (sangatlah terpinga-pinga mendengar jawapan Datuk ni. Ustaz ni pun tepuk dahi juga!)

Moral: Bukan nak cerita pasal Datuk ni tersalah baca niat solat ke hapa, tapi ustaz yang cerita kisah ni nak mengajak pendengarnya merajin-rajinkan diri pergi ke masjid (terutamanya yang lelaki lah kan). Jangan sampai tak tahu atau tak perasan hal-hal solat ni terutamanya bila masuk bab berjemaah. Yelah, kan zuhur dan asar, baca fatihah je dalam hati....

=)

Friday, August 5, 2011

N A K:-

1. Pindah Rumah Baru...tapi kunci tak dapat lagi (Cepatlah dapat CF!)
2. Kerja Tempat Baru....tapi suka dengan kerja sekarang ni (Suka Ajar-ajar)
3. Jaga Fahim Hari-hari...tapi duit masuk tiap-tiap bulan, tanpa bekerja, tanpa sambung belajar (Syoknya hidup!)
4. Kereta Baru...tapi takda lesen (Bila nak sambung ambil lesen ni?!)

Boleh tak NAK semua tu dengan kadar segera!!?!?!

I L H A M

Nak ilham sekarang juga!

Mind block...bukan Mega Blocks macam permainan Fahim tu...
Uhuhu....