Yeay! My first attempt writing in my blog using Blackberry Bold! Haha, org duk sibuk dgn ipad la iphone la, galaxy tab la, boleh lak en hubby ni beli BB pulak. Takpe lah, tak kisahlah...Akupun bukannya boleh ada semua tu, kang kerja phd tah mana, leka lak main games pe semua tu....
Orait chalow!
ketuk-ketuk keyboard
Friday, October 14, 2011
Tuesday, September 20, 2011
Cinta Elysa..
Picture: Taken here
Suka la cite ni..ala ala korean drama gitu...Di tambah dengan lagu Stacy-Kisah Dongeng...memang sesuai! Pandai Syarifah Abu Salem buat skrip...! Kemas garapannya..ada elemen kelakar yang dibuat bersahaja, (maybe sebab Botak gak pandai bawa karakter!)Kalau dia buat novel dari cerita ni, memang nak beli! Haha...Jangan marah ye Ramlee Awang Murshid...I berpaling tadah jap! Haha..
Suka tengok karakter Botak aka Aril dalam cerita ni...bila mula cakap nak tergelak aku sebab loghat cakap macam pure Jawa nak cakap melayu je...Haha...aku bukan mengutuk taw...aku rasa ni dah macam trademark dia...
Good luck to you Botak! Ntah aku tak tahu nama dia apa..Ingat Botak je sebab lakonan jahat dia dalam Juvana tu....Eh, tu hah nama dia..Johan Arif...tak perasan lak...hehe
Saturday, September 17, 2011
...and you know it's all FAKE
That's how I feel right now. It's all FAKE....Just hate it...I couldn't talk it openly neither whisper it to someone that I could trust! But then, I forget about HIM...HE's the one who knows the BEST!
Wednesday, September 14, 2011
Beraya di hospital! - PART 1
Raya tahun ni merupakan kali pertama kami sekeluarga beraya di hospital! Kronologinya begini:
- 6 hari sebelum raya, dia dah mengadu rasa sakit kat pinggang kiri tapi keadaan sakit tu macam tak kritikal.
- Lepas tu, 2 hari sebelum raya, masa ni kami kat kampung aku di Kuala Selangor, En. Hubby jumpa doc kat Klinik P sebab dah tak tahan sangat sakit. Masa tu doc diagnose gastrik. Bagilah ubat gastrik dan sakit perut.
- Hari terakhir puasa, sakit 'gastrik' tu macam tak reda. Lagi sakit adalah. Aku macam konpius dah, ni sakit gastrik ke apa sebab aku ni dulu bekas pesakit gastrik siap masuk hospital lagi duduk wad tapi tak lama lah, dalam 3 hari. Ni masa aku Ting 3 dulu. Biasanya kalau gastrik ni, makan ubat, sepatutnya perut rasa lega dah. Ni macam terbalik pula kesannya kat En Hubby ni.
- Sakit sebelah kiri tu bermula dari ginjal. Jadi aku macam cuak jugaklah, takkan muda-muda lagi dah kena sakit buah pinggang. Huhu. Pastu rasa sakit tu akan berlarutan selama 2 jam dan secara berkala pula; setiap 6 jam. Lagi lah aku tak faham. Memang kesian lah tengok suami kita menahan sakit yang disangkakan gastrik tu.
- Petang raya pertama, En Hubby dah macam sakit yang amat. Aku minta adik aku hantar kami ke KPJ Tawakal KL. Maghrib tu, doc situ cakap bukan gastrik tapi Batu Karang. Tak tahu pula aku batu karang ni sakit macam ni. Huhu. Doc bagi pain killer, pil untuk pecahkan batu dan ubat Ural untuk 'clear'kan salurang kencing.
- Tapi ubat tu macam takda kesan; especially pain killer tu. Pagi raya ketiga; dalam jam 2 pagi, aku terpaksa kejutkan adik aku minta dia hantarkan kami ke Hospital Sg. Buloh. Doc situ pun diagnose benda yang sama dengan doc di KPJ dan siap buat X-Ray sekali. Tapi batu tu tak nampak sebab doc kata mineral yang membentuk batu tu bukan dari kalsium. Ok lah aku terima lah logik yang dia cakap tu.
- Tengah hari raya ke-3; family in law datang beraya rumah mak aku dan ajak kami balik ke Kajang sebab di Kajang ada satu lagi KPJ di situ. Kalau warded; senang nak lawat dan jaga.
- Balik Kajang petang raya ketiga dan terus pergi KPJ Kajang malam tu juga. Tapi malangnya, Urologist takde, Dr. Ridzwan tu cuti sampai Isnin depan. En Hubby dah kesakitan, tak boleh tunggu dah.
- Malam tu juga cek senarai hospital yang jadi panel insurans kami dan call diaorang nak tanya ada Urologist tak. Nasib baik ada sorang di Hospital Columbia Asia Puchong. Puchong pun Puchong lah, janji dekat sikit dengan rumah. Dr. Armuga nama dia.
- Esoknya, awal-awal pagi kami dah sampai. Lepas jumpa Dr. Arumuga, En Hubby diarahkan buat CTU dan buat urine test. Lepas tu, baru daftar dan warded. Insurans kami cover 150RM untuk harga bilik jadi memula En. Hubby diletakkan di ward 2 bedded yang berharga 120RM.
- Tapi sebab aku nak jaga dia sendiri, aku request bilik single yang berharga 195RM. Okaylah, tambah 45RM lagi; tak kisahlah asalkan privacy. Boleh buka tudung, cakap kuat-kuat, pasang TV, boleh kuatkan volume. Tapi lepas tu aku dapat tahu yang kalau insurance cover, patient boleh dapat diskaun 10% untuk bilik. Erk? Macam tu pulak? Tak kisahlah.
- Tengah hari Jumaat tu juga, En Hubby masuk bilik O.T. Kena bius bagi tak rasa. Dalam sejam je dah siap dikeluarkan.
- 6 jam kena tunggu ubat bius tu hilang. Cian tengok suami. Huhu
- Malam tu juga first time berjauhan dari Fahim. Sebak je malam tu tidur tanpa dia. Tapi mengenangkan kalau anak bujang tu ada, alamatnya tak dapat lah nak jaga En Hubby.
Tuesday, August 23, 2011
Home to be...
Tak sabar nak masuk dan hias rumah....!!!
Ya Allah, permudahkan dan percepatkanlah permohonan CF kami
1. Grill - 4000
2. Plaster Ceiling (1 rumah) - 5000++
3. Kitchen Cabinet (wajib cantik sebab saya suka masak; walaupun tak berapa sedap) - 10,000++
4. Perabot - beli sikit-sikit kot
Tapi tengok keadaan juga lah, mana-mana yang perlu di 'cut budget', kita cut la. Kitchen cabinet tu jadi mahal sebab nak ambil full set hob+hood+built-in oven dan built-in microwave. Boleh pakai lama. Di tambah lagi nak ambil material yang cantik sikit (3G mirror or acrylic) plus nak buat breakfast bar yang muat sorang je duduk sebabnya lebar dapur terhad sikit. Design dapur ni, aku yang buat sendiri tapi berdasarkan rujukan majalah deko dan showroom kitchen cabinet yang aku dah pergi sebelum ni.
Ya Allah, permudahkan dan percepatkanlah permohonan CF kami
Home sweet home!
Ada rezeki lebih, so kami ambil end lot tapi kene berkorban bab duit la 'especially' untuk pasang 'grill' semua tu. Dah survey, 1 rumah end lot, kos untuk grill sahaja dalam 4000. Antara kos-kos lain yang perlu diambil kira bila dah masuk nanti:1. Grill - 4000
2. Plaster Ceiling (1 rumah) - 5000++
3. Kitchen Cabinet (wajib cantik sebab saya suka masak; walaupun tak berapa sedap) - 10,000++
4. Perabot - beli sikit-sikit kot
Tapi tengok keadaan juga lah, mana-mana yang perlu di 'cut budget', kita cut la. Kitchen cabinet tu jadi mahal sebab nak ambil full set hob+hood+built-in oven dan built-in microwave. Boleh pakai lama. Di tambah lagi nak ambil material yang cantik sikit (3G mirror or acrylic) plus nak buat breakfast bar yang muat sorang je duduk sebabnya lebar dapur terhad sikit. Design dapur ni, aku yang buat sendiri tapi berdasarkan rujukan majalah deko dan showroom kitchen cabinet yang aku dah pergi sebelum ni.
Banyak tingkap yang perlu di 'grill'kan = bertambah belanja untuk langsir pula! Tapi kalau nak jimat sikit, boleh guna roller blind or roman blind. Tapi roman dan roller blinds jual kat 'baagus' mahal sangat. Yang diskaun punya macam tak berapa nak cantik pulak!
En Hubby membuat ukuran segala tetingkap dan pepintu yang ada. Huhu
Monday, August 22, 2011
03-2036-6555: Beware of this scam number!
Korang, jangan terpedaya dengan nombor kat atas ni....Geram lah dibuatnya...Nasib baik ikut intuisi, nak 'google' nombor ni kat internet.
Cuba baca di SINI, kalau nak tahu apa bentuk penipuan yang cuba dilakukan...
Macam aku terkena tadi, En 'Farid' claim dari Cimb Bank Caw. Kuala Lumpur... Dia cakap aku terpilih untuk menerima bantuan kewangan. Dengar 'bantuan kewangan' tu pun aku dah rasa 'suspicous'. Yalah, kalau aku ni tak bekerja, tak da suami, anak-anak ramai berderet-deret, logik la juga kalau nak diberi 'bantuan kewangan'..Ni semua Allah beri cukup segala.
Tapi sebab masa tu aku tengah mamai dari tidur, aku cakap la aku ada kerja. Kalau nak cakap juga, aku minta dia 'explain' dalam 1 minit. Dia cakap '1 minit, tak cukup'. Helloooo, saya peduli hapa. Pastu dia cakap nak call lagi petang nanti, aku jawab la, 'No, petang tak boleh. Petang masa saya nak layan suami dan baby'.
Tapi dia tak putus asa, dia cakap dia akan 'call' pagi esok. Dia tanya 'Ok ke'. Aku kata, 'Ntah, tengoklah'.
Korang, 'trick' yang dia pakai ialah, dia akan 'call' korang 2 kali berturut-turut. Kalau 1st try kita tak jawab, dia akan call lagi, dan lagi pada hari atau waktu yang berbeza. Dia orang ni tak pernah mengalah ek bab nak cari mangsa. Jadi, aku nak tengok la besok dia akan 'call' ke idak!
Huhu, I just hate Telemarketing!

Tuesday, August 9, 2011
Bonus?! Alhamdulillah!
Bestnya !!!! (walaupun tak pasti aku layak ke tak sebab tengah cuti belajar, tapi sekurang-kurangnya En. Hubby cayang dapat! Yeay!)
Walaupun tak sebanyak macam orang yang kerja kat Put Put (Petronas) ke atau mana-mana lah 'company' yang kaya tu tapi rasa gembira betul! huhu
Walaupun tak sebanyak macam orang yang kerja kat Put Put (Petronas) ke atau mana-mana lah 'company' yang kaya tu tapi rasa gembira betul! huhu
Subscribe to:
Posts (Atom)